@Ikadanews - Baca : Hikayat Cendrawasih, Burung dari Khayangan - Sahibul hikayat telah diriwayatkan dalam Kitab Tajul Muluk, mengisahkan
seekor burung yang bergelar burung cenderawasih. Adapun asal usulnya
bermula dari kayangan. Menurut kebanyakan orang lama yang arif
mengatakan cendrawasih berasal dari syurga dan selalu berdamping dengan
para wali. Memiliki kepala seperti kuning keemasan. Dengan empat sayap
yang tiada taranya. Akan kelihatan sangat jelas sekiranya bersayap penuh
adanya. Sesuatu yang sangat nyata perbezaannya adalah dua antena atau
ekor ‘areil‘ yang panjang di ekor belakang. Barangsiapa yang melihatnya
pastilah terpegun dan takjub akan keindahan dan kepelikan burung
cenderawasih.
Amatlah jarang sekali orang memiliki burung cenderawasih. Ini kerana
burung ini bukanlah berasal dari bumi ini. Umum mengetahui bahawa burung
Cenderawasih ini hanya dimiliki oleh kaum kerabat istana saja. Hatta
mengikut sejarah, kebanyakan kerabat-kerabat istana Melayu mempunyai
burung cenderawasih. Mayoritas para peniaga yang ditemui mengatakan ia
membawa tuah yang hebat.
Syahdan dinyatakan lagi dalam beberapa kitab Melayu lama, sekiranya
burung cenderawasih turun ke bumi nescaya akan berakhirlah hayatnya.
Dalam kata lain burung cenderawasih akan mati sekiranya menjejak kaki ke
bumi. Namun yang pelik lagi ajaibnya, burung cenderawasih ini tidak
lenyap seperti bangkai binatang yang lain. Ini kerana ia dikatakan hanya
makan embun syurga sebagai makanannya. Malahan ia mengeluarkan bau atau
wangian yang sukar untuk diperkatakan. Burung cenderawasih mati dalam
pelbagai keadaan. Ada yang mati dalam keadaan terbang, ada yang mati
dalam keadaan istirahat dan ada yang mati dalam keadaan tidur.
Walau bagaimanapun, Melayu Antique telah menjalankan kajian secara rapi
untuk menerima hakikat sebenar mengenai BURUNG CENDERAWASIH ini.
Mengikut kajian ilmu pengetahuan yang dijalankan, burung ini lebih
terkenal di kalangan penduduk nusantara dengan panggilan Burung
Cenderawasih. Bagi kalangan masyarakat China pula, burung ini dipanggil
sebagai Burung Phoenix yang banyak dikaitkan dengan kalangan kerabat
istana Maharaja China. Bagi kalangan penduduk Eropah, burung ini lebih
terkenal dengan panggilan ‘Bird of Paradise‘.
Secara faktanya, asal usul burung ini gagal ditemui atau didapathingga
sekarang. Tiada bukti yang menunjukkan ianya berasal dari alam nyata
ini. Namun satu lagi fakta yang perlu diterima, burung cenderawasih
turun ke bumi hanya di IRIAN JAYA (Papua sekarang), Indonesia saja.
Tetapi yang pelik namun satu kebenaran burung ini hanya turun seekor
saja dalam waktu tujuh tahun. Dan ia turun untuk mati. Sesiapa yang
menjumpainya adalah satu tuah. Oleh itu, kebanyakan burung cenderawasih
yang anda saksikan mungkin berumur lebih dari 10 tahun, 100 tahun atau
sebagainya. Kebanyakkannya sudah beberapa generasi yang mewarisi burung
ini.
Telah dinyatakan dalam kitab Tajul Muluk bahawa burung cenderawasih
mempunyai pelbagai kelebihan. Seluruh badannya daripada dalam isi perut
sehinggalah bulunya mempunyai khasiat yang misteri. Kebanyakannya
digunakan untuk perubatan. Namun ramai yang memburunya kerana ‘tuahnya’.
Burung cenderawasih digunakan sebagai ‘pelaris’. Baik untuk pelaris
diri atau perniagaan. Sekiranya seseorang memiliki bulu burung
cenderawasih sahaja pun sudah cukup untuk dijadikan sebagai pelaris.
Mengikut ramai orang yang ditemui memakainya sebagai pelaris menyatakan,
bulu burung cenderawasih ini merupakan pelaris yang paling besar. Hanya
orang yang memilikinya yang tahu akan kelebihannya ini. Namun yang
pasti burung cenderawasih bukannya calang-calang burung. Penuh dengan
keunikan, misteri, ajaib, tuah.
Gimana nggak bangga jadi orang Indonesia kalo punya yang kayak gini.
Burung Cendrawasih harus dijaga dan dilestarikan!
Cari Artikel Disini
Home » Khayangan
Showing posts with label Khayangan. Show all posts
Showing posts with label Khayangan. Show all posts
Subscribe to:
Posts (Atom)
